Tuesday, 10 May 2011

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN


TEMPAT MELANJUTKAN PELAJARAN
1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menawarkan program di peringkat sarjana muda.
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan program di peringkat diploma dan sarjana muda.

Syarat :D


1. Untuk mengikuti pengajian di bawah program American Associate Degree yang ditaja oleh Mara, pelajar perlu mendapat pangkat satu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik atau Kimia atau mana-mana mata pelajaran lain.
Pelajar akan mengikuti pengajian tahun pertama dan kedua di negara ini sebelum meneruskan pengajian untuk tempoh tiga atau empat tahun di universiti-universiti Amerika Syarikat.
2. Lulus SPM pangkat satu dengan kepujian dalam bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan serta kepujian sekurang-kurangnya dua mata pelajaran lain untuk layak mengikuti program matrikulasi sains hayat atau fizikal di Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan.
Selepas mengikuti pengajian selama satu setengah tahun di kolej matrikulasi barulah pelajar boleh memohon mengikuti pengajian sains aktuari di UKM untuk tempoh tiga tahun.
3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat prinsipal dalam Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains. Pelajar juga perlu mendapat kepujian bagi mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM.
4. Lulusan Diploma Sains dari UiTM, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia boleh mengikuti program sains aktuari di UKM di bawah Kes Khas.

1 comment:

  1. Play Slots at the MGM Grand Casino Resort - Mapyro
    Find out how to play slots at MGM Grand 안산 출장안마 Casino Resort 수원 출장샵 in Biloxi, MS, 대전광역 출장샵 at Mapyro. Discover 여주 출장안마 game options, and 김뿡 얼굴 more.

    ReplyDelete