Monday, 9 May 2011

Actuarial Science. Sains Aktuari :)

Sains aktuari adalah bidang di mana aplikasinya kebiasaannya digunakan dalam industri Insurans dalam meramal kerugian dan mengekalkan keuntungan. Contoh yang lain, dalam Kerajaan Malaysia, pengaplikasian ilmu dalam jurusan Sains Aktuari amat penting dalam menentukan jumlah pencen yang diterima dan tahun yang paling ideal dalam menentukan bila seseorang pegawai kerajaan itu patut dipencenkan.
   Bidang aktuari adalah bidang yang agak asing bagi kebanyakan orang dan merupakan salah satu bidang yang belum mendapat perhatian daripada golongan muda sedangkan permintaan tenaga mahir di bidang ini begitu diperlukan.

Perkembangan pesat yang berlaku di dalam industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara memerlukan ramai tenaga mahir di bidang ini. Apa, yang pasti tenaga kerja bumiputera yang lulus di dalam bidang mi masih kurang.

Skop bidang memeninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis pelbagai ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kesan kewangan dalam masyarakat.

Tujuan utama program ini untuk menyediakan penge­tahuan asas yang diperlukan oleh ahli aktuari. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan para lulusan universiti yang berkaliber bagi mengendalikan urusan perniagaan insurans dan sistem kewangan lain yang bersangkutan dengannya.

Kebanyakan subjek yang terlibat di dalam jurusan ini adalah subjek berkaitan perniagaan ekonomi seperti Perakaunan, Mikroekonomi, Makroekonomi, Kewangan dan lain-lain kerana kebiasaannya akan ‘terjun’ ke syarikat-syarikat ternama, bank-bank, syarikat insurans atau menubuhkan konsultasi sendiri.
Selain itu, subjek yang paling penting ialah Matematik dan ia lebih tertumpu pada topik-topik seperti kebarangkalian (Probability), Statistik ( Statistics) , Kalkulus ( Calculus). Sebagai contoh dalam menentukan kadar Premium Insurans , ia memerlukan Statistical Model untuk menentukan bayaran yang perlu dikenakan pada pemilik insurans tersebut.
Pelajar yang ingin mengikuti program ini dan me­milihnya sebagai kerjaya perlu mempunyai kemahiran matematik dan bahasa Inggeris yang baik. Kemahiran pengurusan dan komunikasi yang berkesan juga penting memandangkan seorang aktuari itu perlu berjumpa dan berbincang dengan orang ramai.

Untuk memperoleh kemahiran tersebut, semasa pengajian pelajar akan didedahkan dengan pengajian asas matematik seperti statistik, kuantitatif, algebra dan sebagainya. Selain itu, pelajar didedahkan dengan asas ekonomi, matematik kewangan, asas perakaunan dan kewangan, matematik aktuari, kaedah berangka, kaedah statistik, teori risiko, analisis pelaburan dan pengurusan portfolio, perancangan dan pengawalan aktuari dan isu-isu dalam sains aktuari.

Secara ringkasnya, Sains Aktuari bukanlah jurusan yang mudah dan boleh dipandang rendah. Ianya bukan ’Kos Laut’, ’Kos kaji ikan’ mahupun ’Kos akuamarin’.Bagi sesiapa yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang Sains Aktuari,anda harus mempunyai maklumat yang cukup sebelum membuat keputusan. Terlajak perahu boleh berundur, tersilap pilihan jiwa merana.



No comments:

Post a Comment