NEGARA memerlukan lebih banyak tenaga mahir dalam bidang ini. Permintaan yang meningkat itu sejajar dengan perkembangan pesat industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara.
Skop bidang itu ialah meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kewangan dalam masyarakat.
Graduan lulusan bidang ini bertanggungjawab mengendalikan urusan perniagaan insurans dan sistem kewangan lain yang bersangkutan dengannya.
Mereka boleh menceburi pekerjaan seperti pegawai tuntutan, pegawai bank, ahli aktuari di syarikat insurans, perunding aktuari dan pengurus.
Pelajar yang ingin memilih kerjaya itu mestilah mempunyai kemahiran Matematik dan Bahasa Inggeris yang baik.
Memandangkan kerjaya ini memerlukan seorang aktuari berjumpa dan berbincang dengan orang ramai maka kemahiran pengurusan dan komunikasi yang berkesan juga penting.
Peluang kerjaya dalam bidang ini amat cerah dan prospeknya luas.
Kerjaya ini tentunya menarik bagi mereka yang berminat dengan angka-angka kerana tugas ahli aktuari ialah membuat tafsiran untuk mencari nilai yang melibatkan tanah, aset atau insurans.
No comments:
Post a Comment