Tuesday, 10 May 2011

Penilaian IPT :)

artikel ini hanya sekadar perkongsian.

Actually, tempat kita nak belajar seperti universiti atau kolej hanyalah menyumbang bawah dari 20% dari pencapaian kita. Selebihnya adalah dari ini inisiatif kita termasuklah 'nasib'. Kalau usaha plus nasib plus minat plus rezeki kita tu baik, maka, gempak lah result kita. Kalau tak, memang tak ah.
Secara simplenya, Pra-Universiti = Tamhidi = Asasi = Foundation = Matrikulasi = Form 6. Most of them adalah A level yang kita mungkin tak boleh guna langsung untuk dapatkan pekerjaan. So, macam mana nak bezakan antara mereka semua? Senang je:

MATRIX
1.Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
7.Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

ASASI/FOUNDATION
1.Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

DIPLOMA
1.Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
3.Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.

TAHMIDI (USIM shj)
1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

FORM6
1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
7.STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).

SIJIL
1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
5.Aku tak rekomen korang ambil Sijil

Peluang Kerjaya :)


  • Actuary was rated #2 job in America, according to the 2002 Jobs Rated Almanac.
  • Actuary has been rated the #1 job in America by a research by the Wall Street Journal (2010).
majority of diploma holders are absorbed by the public and the private sector such as insurance companies, actuarial consulting firms, banks, and other financial institutions like security firm. Their task include handling statistical investigations relating to mortality, interest and premium rates, surrender values, valuations of assets and liabilities.

Bachelor of Science(Hons) (Actuarial Science) graduates can be absorbed in the goverment or privates sectors, such as the insurance industry, actuarial consulting firm, stock exchange firms and banks. They are responsible for the statistical investigations on mortality, interest rates, determination of premium rates and surrender values, the valuation of assets and liabilities.

EKSEKUTIF KANAN, UNIT KHAS RISIKO PASARAN seprti di Bank Negara Malaysia
EKSEKUTIF KANAN, SEKTOR PENYELIAAN seperti di Bank Negara Malaysia

 pegawai pengaudita
 pegawai tuntutan
 pegawai bank
ahli aktuari di syarikat insurans
perunding aktuari
pengurus.



untuk lebih lanjut sila click website di bawah kerana terdapat pelbagai informasi yang lebih mendalam :


http://books.google.com.my/books?id=cqcgI-ip5goC&pg=PA58&lpg=PA58&dq=kerjaya+dalam+bidang+aktuari&source=bl&ots=SyCAA8oXZP&sig=TDxvjTAqH-FawIQvKeCzQ7_QbHQ&hl=en&ei=BQPJTcHULY7NrQf-mciRBQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=7&ved=0CDkQ6AEwBg#v=onepage&q=kerjaya%20dalam%20bidang%20aktuari&f=false








http://books.google.com.my/books?id=Zw2oT-Dg3hcC&pg=PA3&lpg=PA3&dq=peluang+kerjaya+dalam+bidang+sains+aktuari&source=bl&ots=qBXCHgZ4pN&sig=vHuLPEqSCE

Sains Aktuari: Kemahiran yang laris di pasaran


NEGARA memerlukan lebih banyak tenaga mahir dalam bidang ini. Permintaan yang meningkat itu sejajar dengan perkembangan pesat industri kewangan, pelaburan dan insurans dalam pembangunan negara.
Skop bidang itu ialah meninjau pelbagai peristiwa serta menganalisis ketidaktentuan yang mempunyai kesan ke atas hayat manusia seperti kelahiran, kematian, perkahwinan, penyakit, kemalangan, persaraan dan kewangan dalam masyarakat.
Graduan lulusan bidang ini bertanggungjawab mengendalikan urusan perniagaan insurans dan sistem kewangan lain yang bersangkutan dengannya.
Mereka boleh menceburi pekerjaan seperti pegawai tuntutan, pegawai bank, ahli aktuari di syarikat insurans, perunding aktuari dan pengurus.
Pelajar yang ingin memilih kerjaya itu mestilah mempunyai kemahiran Matematik dan Bahasa Inggeris yang baik.
Memandangkan kerjaya ini memerlukan seorang aktuari berjumpa dan berbincang dengan orang ramai maka kemahiran pengurusan dan komunikasi yang berkesan juga penting.
Peluang kerjaya dalam bidang ini amat cerah dan prospeknya luas.
Kerjaya ini tentunya menarik bagi mereka yang berminat dengan angka-angka kerana tugas ahli aktuari ialah membuat tafsiran untuk mencari nilai yang melibatkan tanah, aset atau insurans.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN


TEMPAT MELANJUTKAN PELAJARAN
1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menawarkan program di peringkat sarjana muda.
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan program di peringkat diploma dan sarjana muda.

Syarat :D


1. Untuk mengikuti pengajian di bawah program American Associate Degree yang ditaja oleh Mara, pelajar perlu mendapat pangkat satu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik atau Kimia atau mana-mana mata pelajaran lain.
Pelajar akan mengikuti pengajian tahun pertama dan kedua di negara ini sebelum meneruskan pengajian untuk tempoh tiga atau empat tahun di universiti-universiti Amerika Syarikat.
2. Lulus SPM pangkat satu dengan kepujian dalam bahasa Melayu, Matematik, Matematik Tambahan serta kepujian sekurang-kurangnya dua mata pelajaran lain untuk layak mengikuti program matrikulasi sains hayat atau fizikal di Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan.
Selepas mengikuti pengajian selama satu setengah tahun di kolej matrikulasi barulah pelajar boleh memohon mengikuti pengajian sains aktuari di UKM untuk tempoh tiga tahun.
3. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat prinsipal dalam Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains. Pelajar juga perlu mendapat kepujian bagi mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM.
4. Lulusan Diploma Sains dari UiTM, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia boleh mengikuti program sains aktuari di UKM di bawah Kes Khas.

Diploma in Actuarial Science (UiTM)

Part 1.




Credit Hours
MAT149
Calculus 1
4
CSC123
Computer Programming
4
ACC107
Accounting
3
ECO101
Economics
3
CTU101
Man & Manhaj
2
BEL120/130
Consolidating Language Skills/Communication Skills
3
KKR1
Co-Curriculum 1
1


Part 2.




Credit Hours
MAT199
Calculus 2
4
ASC151
Life Insurance & Takaful
3
QMT161
Elementary Statistic & Probability
4
FIN308
Investment
4
CTU151
Islamic Society & State
2
BEL260
Preparation Course For MUET
3
KKR2
Co-Curriculum 2
1


Part 3.




Credit Hours
ASC201
General Insurance
3
MAT249
Calculus 3
4
QMT211
Math Statistic 1
4
EPL099
Exam Prepare Lab 1
2
CTU242
Fundamental of Takaful
2
BEL311
English for academic Purposes
3
KKR3
Co-Curriculum 3
0


Part 4.




Credit Hours
ASC260
Math of Finance 1
4
MAT253
Linear Algebra
4
QMT261
Math Statistics 2
3
MGT120
Fundamentals of Management
4
EPL100
Exam Prep Lab 2
2


Part 5.




Credit Hours
ASC305
Introduction of Actuarial Maths
4
ASC310
Math of Finance 2
2
QMT355
Applied Statistic
4
QMT337
Operations Research
4
EPL140
Exam Prep Lab 3
2
ETR300
Basic Entrepreneurship
3


Part 6.




Credit Hours
ASC390
Practical Training
12


Faculty of Computer & Mathematics Sciences

www.tmsk.uitm.edu.my

Monday, 9 May 2011

Ciri-Ciri melanjutkan Pelajaran ke Sains aktuari :)

•Mempunyai minat dan cemerlang dalam mata pelajaran Matematik.
•Mempunyai minat untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan/ekonomi.
•Seorang yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal, analitis dan kreatif.
•Seorang yang mahir dalam menyusun dan merangka strategi seperti dalam permainan catur dan permainan komputer yang mencabar.
•Seorang yang gemar menulis dan mampu menghasilkan penulisan berbentuk akademik dan formal
•Mempunyai minat yang dalam tentang isu-isu semasa, sejarah, perundangan, politik dan perniagaan.
•Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan.







objektif :)

Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.

Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.

Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi.

Program ini diwujudkan untuk mengeluarkan pegawai aktuari yang mahir dalam pelbagai jabatan dalam syarikat insurans seperti jabatan aktuari, pengunderaitan, perkhidmatan polisi, perancangan korporat, pelaburan dan sebagainya. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang mencukupi untuk menduduki peperiksaan ikhtisas sains aktuari di peringkat "Associateship". Tumpuan juga diberi supaya para siswazah dapat memberikan sumbangan yang berkesan dalam sektor kewangan yang lain dan bukan terhad kepada sektor insurans.